die@artstudio
1. Memberi bantuan klinikal
Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai
ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang
boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai
seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu
peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga
mereka mampu menguasainya.
2. Merancang pengajaran
Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman
pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian
pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan
menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang.
3. Melaksanakan pengajaran
Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar.
Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul
dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg
betul.
4. Pengurusan bilik darjah
Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai,
menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan
pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka.
5. Memantau kemajuan
Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap
pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini
berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai
peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis
ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal
mengenai diri pelajar.
6. Menyayangi pelajar
Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan
sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai,
membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu
guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan
0 comments:
Post a Comment