Pages

Powered by Blogger.

Sunday, March 29, 2015

Kursus Pedagogi & Keguruan Edisi II - Pengajian Abad Ke-21

Kursus Pedagogi dan Keguruan Edisi II telah diadakan pada hari Ahad 29 Mac 2015 bertempat di National Metrology Laboratory SIRIM Bhd Salak Tinggi Sepang. Program ini dianjurkan oleh Jabatan KY dan dihadiri oleh semua guru Sekolah Kiblah bermula jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang.
Pihak Sekolah berbesar hati menjemput Pn Mazmin Mohd, Pengetua Cemerlang SMK Srendah untuk memberikan kursus berkenaan Pembelajaran Abad ke-21 yang menekan konsep Berfikiran Aras Tinggi K-Bat dan penggunaan I-Think dalam PdP. Beliau bukan sahaja seorang pengetua cemerlang, malah salah seorang yang sangat mahir dalam bidang ini sehingga sekolahnya dipilih sebagai salah satu sekolah penanda aras I-Tink di peringkat kebangsaan.
Kursus ini merupakan siri latihan dan kemahiran yang ditekankan oleh pihak sekolah untuk melahirkan guru yang cemerlang dan berdaya saing membentuk generasi yang yang diharapkan.
Semoga dengan latihan ini, guru-guru dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dan mengimplimentasikannya di dalam kelas masing-masing.
Kita akan bertemu lagi dalam siri seterusnya, Kursus Pedagogi dan Keguruan Edisi III pada masa akan datang.
Selamat maju jaya............
















































0 comments:

Post a Comment